Sunday, April 22, 2012

comeback.


Assalam, hye i'm back! sihat readers?? jaga kesihatan orite? zaman sekarang ni senang untuk kita jatuh sakit. sebelum jatuh sakit, lebih baik kita cegah. macam mana? hurm mulakan dengan mengawal pengambilan makanan anda. ambil makanan yang seimbang, bla bla blah. :) *TERjadi doktor kejap. haha.* oke kita terukan ye.

tujuan aku kembali ke dunia blog adalah kerana ada beberapa peminat minta aku menulis semula. *hahaha. aku ade peminat?? mati hidup semula pon belum tentu aku ada peminat. haha.* sebenarnya sudah lama niat dihati nak menulis semula cuma tiada masa. *tipu, haha* aku ada banyak masa cuma MALAS, sebab apa malas? sebab aku rase orang sekarang menulis blog untuk popular n aku bukan macam tuh. selain itu, aku rasa blog aku nih tiada apa-apa yang menarik, so, tak ada guna aku menulis pon. *pasrah* habis tu kenapa aku menulis semua kalau aku bagus sangat kan?

the only reason y aku menulis semula adalah kerana aku tak nak hilang memori-memori indah, suka, duka, tawa, dan nangis aku macam tu jeh. so dengan kembali menulis blog aku berharap in case something happen to me sebagai contoh, aku hilang ingatan. jadi, dengan harapan bila aku buka blog ni, aku boleh ingat semula kisah hidup aku. *what a lovely reason isn't? haha*

so after this post, aku akan post everything yang aku lalui masa aku menyepi dulu. hope my readers tak kisah baca benda yang dah lepas. :)

mari mula kan entri kali ini. (panjang lebar anda baca, baru sekarang nak start. kesian. haha. :p ).
kali ni aku nak bincangkan tentang aku ' jual mahal' or ada yang cakap 'budget' n 'sombong'. entri ni aku just nak explain y aku bertindak sebegitu. actually, aku nih tak ada lah mahal mana. hahaha. (lelong kat bundle jeh layak). semua ni jadi dekat facebook. ada yang add n aku confirm, so bila dah add mesti nak berkenalan kan? ada lah sesetengah tu berminat dengan aku. aku ni layan nak tak nak jeh sebab aku tak percaya kata manis sesiapa. puji lah aku macam mana sekali pon aku tak akan percaya. *btw, thanks to all yg puji ciptaan Allah yang diberikan padaku* (tak ada yang puji pon sebenarnya)

aku bukan apa, aku bertindak macam tu atas sebab-sebab tertentu, antaranya;
-aku tak nak kecewakan hati orang LAGI, yelah, aku ni tak ada pape. nak kata handsome, tak langsung. nak kata kaya, jauh panggang dengan api. nak kata baik or sweet or romantik, ramai juga yang kecewa dengan aku.
-aku rasa ramai lagi yang layak untuk mereka. Malaysia ada 27mil manusia. so, kalau nak jadikan aku kekasih or nak calonkan aku sebagai suami or teman hidup or partner, letak aku dekat number yang ke-27mil. maksudnya jadikan aku pilihan terakhir.
-dan ada lagi beberapa alasan kenapa aku bersikap begitu.

tapi, tak bermakna aku bersikap begitu aku tak suka kau. sebabkan aku suka kau lah aku bersikap macam tu. aku rasa there is someone better than me yang di takdirkan untuk kau. dari kau kecewa dengan aku selepas beberapa bulan, baik kita tak ada hubungan so tiada lah hati yang kecewa, betul?? so chillex! kalau ada jodoh tak kemana. thats all aku nak cakap pasal layanan aku terhadap sesiapa yang rasa aku ni sombong, berlagak, poyo, JUAL MAHAL, dan seangkatan dengan nya. :)

no one perfect dude! terutama aku ni, seorang insan yang lemah dengan tanggungjawab yang besar.

sebelum aku akhiri, mesti ada yang tanya kenapa aku stop menulis blog kan? hurm, aku berhenti lepas ujian besar yang Allah berikan kepada aku sekeluarga. aku ada buat post pasal my mom accident. ujian yang sangat menguji ketabahan aku sekeluarga. macam mana keadaan my mom? Alhamdulillah, my mom dah sihat dan pulih. thank you to all of you yang doakan my mom cepat sembuh. huhu.walaupun tak seperti sebelumnya tapi banyak hikmah yang kami dapat dengan apa yang berlaku ke atas my mom. thank you Allah! kerana makbulkan doa kami. :)

p/s; in relationship with a girl from Melaka. <3 lepas ni aku akan post semua kenangan aku yang aku lalui sejak July lepas. :) i'allah.

2 comments:

P#eoniX said...

lar...nape ko makin gemok haku tengok...hehhehe...dapat awek melaka yang jage....hakhakhak....selamat kembali...hehehe.....

c.a.p.i.k said...

aku mana penah kurus. hahaha. orite tq.